Wednesday, February 29, 2012


Just realize that healing takes time,
It won't happen in a blink of an eye.

I guess, I need to be strong for a while longer,
Before happiness comes, InsyaAllah.

Ya Rabb, jadikan pertarungan ini adalah jihad untuk menjadi muslimah yang beriman dengan sebenar-benar iman,
Agar hatiku hanya bergantung cinta dan rindu pada-Mu.

Ya Allah, Ya Rabb.
Biarlah segala yang aku lalui,
Biarlah segala yang aku lakukan,
Hanya kerana mengharapkan keredhaan-Mu.

Monday, February 27, 2012


Hidup bagaikan roda,
Kita tak selamanya di atas, dan tak selamanya di bawah.

Jika kita susah,
Percayalah, kesenangan pasti menyusul jika kita bersabar.

Jika kita senang,
Jangan terlalu leka kerana kesusahan pasti datang menguji.

Letaklah dunia sekadar di tangan sahaja, dan akhirat di jiwa mu.

 
"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurau, perhiasan dan saling berbangga diantara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." [57:20]

Dunia ini ibarat cahaya lampu yang di hurung kelkatu;
"kelkatu itu ingat cahaya lampu sebagai cahaya bulan". Tetapi malang, semua itu hanya tipuan mata sahaja.

Apakah pengakhirannya?

Mati. Itulah jawapannya. Begitu kegigihan dan kesungguhan tetapi pengakhirannya tiada keuntungan yang diperolehi. Beberapa saat setelah mencapai kenikmatan sementara (cahaya lampu), ia jatuh mati ke tanah jua.

Jadikanlah dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk mengumpul amal sebelum kita bertemuNya nanti, agar IMAN dan TAKWA sentiasa teguh dan kukuh untuk menghadapi hari yang kekal abadi.

Sunday, February 26, 2012

"Engkau akan di bangkitkan bersama dengan orang yang kau kasihi." -Imam Bukhari dan Muslim (drpd Anas bin Malik)

Maka cintailah Rasulullah saw, keluarga dan sahabat-sahabat baginda,
Agar pada hari kebangkitan nanti, kita mampu berdiri bersama-sama mereka. :)

Had a tough night.
Hope for a better tomorrow, InsyaAllah.
Good night :)


Indeed, Allah swt is the best of healer.
only to HIM i shall turn for comfort.

Matlamat hidupku adalah untuk meraih cinta Ilahi.
Semoga aku belum terlambat untuk merasai nikmat cinta dan kasihNya,
dan,
Aku belum terlambat untuk mencintai dan mengasihiNya.

Ya Allah, Berilah aku peluang untuk mencintaiMu sebelum aku meninggalkan dunia,
Dan berilah aku peluang merasai nikmat beribadat kepadaMu sebelum ibadatku yang terakhir.

Mungkin benar

 
Mungkin benar tatkala kita kehilangan ,barulah kita menyedari.
Mungkin benar saat kita terluka , barulah kita mengerti.
Mungkin benar bila kita rindu , barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita..

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
DIA datangkan petir dan kilat.
Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,
Rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi.. :)

Ku doakan kau bahagia.


Kau bahagia di sana, bersamanya.
Tapi aku di sini menatap pilu di setiap saat,
Mencuba jadi kuat,
Agar tiada lagi air mata menitis.

Setiap malam aku berdoa, 
Agar esok adalah hari yang lebih baik,
Agar esok memberi lebih bahagia,
Agar aku mempu tersenyum ikhlas.

Tapi aku sering kali menipu diri sendiri,
Berpura-pura tersenyum dan ketawa,
Menghiburkan sahabat-sahabat yang duka,
Aku bukan lagi aku.

Tapi di saat tiada mata yang melihat,
aku menangis dalam dakapan bantal,
Melepaskan segala rasa di hati,
Agar aku mampu lagi bernafas.

Tapi entah bila,
Bahagia yang ku nanti akan tiba,
Entah bila,
Bahagia yang ku harapkan akan memenuhi ruang hidupku.

Mungkin salahku,
kerana terlalu mengharapkan pada janji manusia,
padahal janji Allah swt itu lebih benar.
Salahku, kerana terlalu mempercayai kata-kata manis manusia,
padahal kata-kata Allah swt tidak pernah mengandung dusta.
Salahku.

Tidak pernah aku menyalahi dirimu,
Atas ke-khilaf-an diriku,
Tidak pernah aku memburukkan mu,
Atas kecuaian diriku melakar corak masa depanku,
Kerana Allah swt yang menentukan, sedang aku hanya merancang.

Aku minta maaf jika aku mungkin tidak secepat mu bergerak meninggalkan yang lepas.
Maafkan ku jika aku belum lagi mampu melukan segalanya,
Maafkan aku kerana masih menangis,
Maafkan aku kerana belum lagi mampu merasa bahagia sepertimu.

Namun, jauh di sudut hatiku,
dalam keheningan malam,
doaku untuk kebahagiaanmu tidak pernah putus,
sepeti air mata ku yang tidak pernah putus pengalir bersama keheningan malam.

Hati ini perlahan-lahan berlajar erti redha,
erti kebergantungan penuh padaNya,
Agar aku tidak lagi mengharap pada manusia yang seringkali mengecewakan.
Agar hati kecil yang hancur berderai ini hanya merindui dan menginginkan redhaNya.

Aku selalu berdoa agar di beri hati yang mencintaiNya, merinduiNya.
Mungkin ini cara Allah swt memperkenankan doaku,
Ini cara lembutNya agar aku mempunyai hati sesuci itu.
Dan aku tidak mahu kalah dalam perang ini,
Dalam perang membersihkan hati ku yang amat kotor.

Agar suatu hari nanti,
bahagia untukku juga akan muncul,
Semoga satu hari nanti, giliranku pula untuk tersenyum,
di sisi hamba Allah yang mencintaiNya.

Jika kau menginginkan jodoh yang baik,
maka perbaikilah dirimu terlebih dahulu.

Food for thought: Tak logikkan kalau kita berangan nak jodoh yang soleh jika kita belum lagi solehah? Allahua'lam. :)

"Bukankah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?"
(^,^)

Jom bangun malam! :)



Firman Allah swt, "orang yang bertakwa itu seditkit tidurnya pada waktu malam."

Malam, ramai yang tidur, tapi tak kurang ramai yang mencari ketenangan dengan cara pergi ke kelab malam dan disko, ramai yang menunggu malam untuk bersama sang kekasih yang belum halal baginya,

Tapi berapa ramai yang mencari ketenangan dengan menghadapt Allah swt dengan penuh khusyuk dan tawaduk, berapa ramai yang menunggu malam untuk melepaskan rasa rindu pada pencipta malam? Berapa ramai pendosa yang menunggu malam mengharap pengampunanNya?
Berderai air mata menyesali sekecil-kecil dosa hingga sebesar-besar kemaksiatan.

"Demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkanmu, dan tidak pulak membenci kamu."

Uwais Al-Qarni menyambut kedatangan malam dengan mengatakan, "Ini malam rukuk." lalu beliau solat dengan memanjangkan rukuknya sehingga waktu fajar. Pada malam yang lainnya, ia berkata "ini malam sujud." Lalu sujudla beliau sepanjang malam sampai fajar tiba sebagai pamitan malam pada Uwais Al-Qarni.

"Siang, aku tidak dapat tidur, bimbang urusanku dengan rakyat terbengkalai,. Malam, aku juga tidak dapat tidur, bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai" - Saidina Umar

Sesungguhnya di waktu malam itu, Allah swt sangat dekat; DIA turun ke langit yang paling dekat dengan bumi. Allah swt bertanya pada malaikat, 'Adakah hambaku yang memohon ampun kepadaKu untuk Aku ampunkan? Adakah hambaKu yang berdoa kepadaKu untuk aku perkenankan?"

Dan ketika embun menitis dalam kedinginnan malam yang tenang, hati mukmin menangis dilimpahi rahmat dan keampunan Tuhan.
Subhanallah, Allah swt maha penyayang dari segala yang pengasih dan penyayang. 

Malam adalah pesta ibadat bagi kekasih-kekasih Allah swt. Disana mereka memperolehi ketenangan yang tidak boleh dicari disko atau kelam malam, tidak juga dengan wang ringgit atau kemewahan. Itulah malam pada orang yang hampir dengan Tuhan.

Jadi, dalam kalangan jutaan manusia yang nyenyak tidur, marilah kita berusaha masuk dalam golongan yang luar biasa yang bangun di malam hari untuk bertemu Rabb yang teragaung, menangis mengharap keampunanNya, menangis mengharap keredhaaNya. 'Bukankah mata yang meangis kerana Allah tidak akan di bakar oelh api neraka?" Subhanallah. :)
Harini tak mau malas-malas lagi.
Please be good today *puppy eyes*
Having someone to love is a blessed,
Having someone who loves you back is a greater blessing.
InsyaAllah, maybe someday. :)

Saturday, February 25, 2012

Aku keliru dengan apa yang aku rasa.
Hanya kekuatan iman dan takwa aku pinta dari Ilahi.

Friday, February 24, 2012

Aku bangga punya sahabat yang tabah menghadapi dugaan.
Dugaan mereka jauh lebih hebat.
Jika aku yang menghadapinya,
Pasti lama telah kecundang.

Aku bangga punya sahabat yang teguh kebergantunganNya pada Rabb,
Teguh hingga tidak tercalar oleh arus deras bumi,
Dan dugaan hanya membuat mereka bertambah kuat imannya,
Menjadi pedomanku sepanjang zaman.

Wahai sahabatku,
kau terus menjadi inspirasiku,
untuk aku kuat menghadapi dugaan-dugaan ini,
agar aku teguh mengejar bahagia di'sana'.
tidak kalah oleh cubaan-cubaan kecil di dunia sementara ini.

Terima kasih,
kerana terus menjadi idolaku,
perbaiki zahir dan batin.
InsyaAllah.

Wednesday, February 22, 2012

Kenapa hati tiba-tiba rasa tak sedap,
Perut rasa kecut. :'(

Tuesday, February 21, 2012

Bila kita bertawakal dan mengharap hanya pada Allah swt,
Pasti rezeki dan pertolongan datang dari arah yang tidak disangka-sangka.

Masakan Allah swt yang Maha Penyayang mahu mengecewakan hambaNya yang bergantung harap padaNya dan tidak pada yang lain?
Pasti tidak!  :")
Ya Allah,
Tetapkanlah jantung hatiku dalam keimanan dan ketakwaan kepadaMu.

Kepada bakal imamku yang belum aku kenali siapa

Tuesday, February 14, 2012

Satu hari nanti saat kita sah menjadi suami isteri,
bimbinglah aku yang lemah ini,
aku aku menjadi antara orang yang kuat berjuang di jalanNya.

Jika satu hari nanti kamu telah sah menjadi suami ku,
Sayangilah aku kerana Allah swt, 
agar kasih sayangmu kekal, 
kerana DIA kekal abadi,

Jika satu hari nanti kamu menjadi suami ku,
jalankah lah tanggungjawabmu dengan sempurna keranaNya,
agar segalanya mendapat pahal di sisiNya,
dan aku juga berjanji, 
untuk menjadi sebaik-baik isteri,
sehebat Khadijah, isteri Rasulullah saw.

Jika satu hari nanti aku menjadi isterimu,
Jaga lah aku,
berlembutlah denganku,
berbahagialah dengan ku,
agar hubungan kita sentiasa dilimpahi cinta dariNya.

Jika satu hari nanti kita sah menjadi suami isteri,
Marilah sama-sama lahirkan anak-anak yang hebat,
yang menjadi pejuang agama Allah swt,
yang menjadi hamba Allah swt yang lantang melawan musuh,
agar kebenaran tegak di bumi ini.

Jika satu hari nnti kita sah manjadi suami isteri,
marilah berdoa,
agak kebahagiaan kekal di dunia dan akhirat.

'Perbualan' dalam solat

Kadang-kadang kita cari mcm mana nak dapat khusyuk dalam solat.
Kadang-kadang kita terfikir, mcam mana nak rasa kehadiranNya dalam setiap ibadat kita.
Nak rasa sayu dalam setiap bacaan, nak rasa keagunganNya, kebesaranNya.
Subhanallah.
Harini ade terbaca satu blog, penulis tu mentioned about Allah swt replies when we recite Al-fatihah.
Subhanallah, sangat indah. Sangat menyayat hati. Jika dihayati, orang yang hatinya keras pun dapat menitiskan air mata. :')
Jom2 kita sama-sama baca. InsyaAllah


Rasulullah saw bersabda, " Allah telah berfirman (dalam sebuah hadis qudsi):

Aku bagi surah Al- Fatihah antara Aku dan hamba-Ku. Dan akan Kukabulkan apa-apa yang dipohon oleh hamba-Ku.

1) Apabila hamba-Ku berkata,

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,"
maka Allah swt menjawab,

"Hamba-Ku telah memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakab segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya"
2) Apabila hamba-Ku berkata,

"Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta,"

Maka Allah swt berkata,

"Hamba-Ku telah memuja-Ku, dia tahu bahawa nikmat yang ada di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran kasih sayang-Ku. Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku tambahkan nikmat-nikmat akhirat di samping nikmat-nikmat dunia dan akan Kujauhkan darinya bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana di dunia. "
3) Apabila hamba-Ku berkata,

" (Allah) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,"

Maka Allah swt berkata,

"Hamba-Ku telah menyaksikan -Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku dan akan Kukurniai hayatnya dengan pemberian-pemberian-Ku.
4) Apabila hamba-Ku berkata,

"Yang Menguasai hari Pembalasan,"


Maka Allah swt berkata,

"Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya bahawa Akulah yang bekuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudah hisabnya pada hari hisab kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya.


5) Apabila hamba-Ku berkata,

"Hanya Engkaulah yang aku sembah’"

Maka Allah swt berkata,

"Hamba-Ku benar ketika dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya sehingga orang-orang yang tidak sama sepertinya akan merasa iri hati kepadanya"
Apabila hamba-Ku berkata,

"dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,"

Maka Allah swt berkata’

"Hamba-Ku telah meminta pertolongan dari-Ku dan kembali kepada-Ku, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam setiap urusannya. Aku akan membantunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya."

6) Apabila hamba-Ku berkata,

"Tunjukkan kepada kami akan jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."
Maka Allah swt berkata,

"Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku, Aku telah berikan kepadanya apa yang diharapkan. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia mohonkan dengan perlindungan-Ku."

Semoga sama-sama dapat mengambil manfaat dari sini. insyaAllah. :)

Indahnya Hubungan ini

Sunday, February 12, 2012


Alhamdulillah,
Setinggi-tinggi kepujian yang meliputi segala yang dilangit dan di bumi hnya untuk Allah swt, 
Tuhan sekalian alam.

Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan,
dari serendah-rendah dan sehina-hina hati,
Atas persahabatan yang teramat indah,
persahabatan yang berlandaskan akidah,
InsyaAllah..

Terlalu indah bila hati-hati kami tersemat dengan rasa kasih-sayang,
dengan rasa ikhlas tanpa berkira,
dengan rasa rindu bila tidak bertemu,
dengan rasa gembira bila bersua.

Allahuakbar,
inikah nikmatnya bila Allah swt yang limpahkan rasa sayang ini,
di hati-hati yang berusaha berjuang menegakkan agamaMu.

Ya Allah,
Lindungilah hubungan kami,
limpahkan rahmat dan kecintaanMu keatas kami,
dan kekalkan hubungan kami hingga ke syurga. Allahuakbar.

Aku amat cinta sahabat-sahabatku,
kerana aku terlalu cinta kepada Mu,
Ya Rabb!

Alhamdulillah

Friday, February 10, 2012

Alhamdulillah. 
Hari ini hari yang lebih baik, syukur sangat2. Syukur Alhamdulillah.
Indah hidup bila Allah swt yg aturkan.
Mula2 jumpa Duncan hari ni, tak stressful mcm minggu-minggu yang lalu.
Dia takde pulak bagi comment yang buat aku rasa teruk sgt,
Alhamdulillah, comment dia buat aku semangat nak buat keje lebih baik.

Alhamdulillah, Allah swt kurniakan kawan-kawan yang hebat,
Yang tidak pernah sekali kenal erti jemu menasihat aku,
Tak jemu memujuk aku, Tak jemu melayan masalah ku,
Sahabat-sahabat yang tak jemu memberi semangat kepada hati kecil ini untuk terus kuat.
Bukankah antara nikmat-nikmat Allah ialah dikurnikan sahabat-sahabat yang baik?
Subhanallah. Alhamdulillah. 
Selalu sekali aku lalai dengan nikmat-nikmat Allah swt yang teramat banyaknya,
dan asyik fikirkan dugaan yang tak seberapa. Jahilnya aku!

Alhamdulillah, hari ni lebih tenang dari 2-3 hari yang lepas.
Alhamdulillah, aku mula sedar apa priority aku, dan apa perkara yang perlu aku lepaskan pada Allah swt.
Aku perlu fokus pada yang yang aku ada, bukan apa yang aku kejar-kejarkan.
Aku hamba Allah swt, aku seorang anak, aku seorng sahabat, dan aku pelajar.
Demi Allah swt, akan aku menjadi hambaNya yang solehah,
anak yang baik, sahabat yang setia dan pelajar yang cemerlang. InsyaAllah!

Aku akan cuba untuk tidak fikirkan perkara yang sia-sia.
Perkara yang belum tentu jadinya.
Tawakal kepadaNya, pasti hasilnya yang terbaik! 
InsyaAllah.

Ya Allah, aku cinta Kamu! :)

Aku Redha :')

Thursday, February 9, 2012

Ye, semalam aku menangis. Semalam aku menangis sekuat-kuatnya.
Tapi hari ni, aku mula hidup baru, dengan azam baru.
Mungkin ini caranya Allah swt menarik aku mendekatiNya.
Mungkin ini caranya Allah swt menanam rasa cinta kepadaNya.
Bukankah cinta kepadaNya tidak boleh bergandingan dengan rasa cinta yang belum halal?

Ya Allah,
Aku pohon kekuatan.
Berikan aku hati yang redha.
Berikan aku hati yang sentiasa tenang menerima takdir daripadaMu.

Akan aku melangkah di bumi ini dengan niat mencari redhaNya,
Melangkah mencari cintaNya,
Aku tahu kadang kala perit, kadang kala sedih,
Tapi aku yakin, pengakhirannya manis.

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkan jantung hatiku dalam agama dan ketaatan kepadaMu.
Aku cinta Engkau, Aku rindu Engkau. Allahuakbar! :)

Ini rancanganNya

Wednesday, February 8, 2012


Aku yakin, mesti ada hikmahnya.
Mungkin Allah ingin aku lebih mencintaiNya,
MendahulukanNya, MengutamakanNya,
dalam setiap urusanku.

Allah memberi peluang,
Aku menanam benih-benih cintaku padaNya,
Sebelum aku belajar mencintai makhlukNya.
Indah cinta Allah swt,
Cuma aku yang lambat dan lemah untuk memahami.

Allah swt menduga agar aku lebih khusyuk berbicara denganNya,
Agar hatiku lebih tertaut padaNya,
Agar aku dapat menangis dalam doaku,
Agar aku dapat rasa kehadiranNya dalam setiap saatku.

Dengan itu, kenapa aku perlu menangis?
Kenapa aku perlu jadi lemah sebegini?
Ya Allah, kuatkan aku. Kuatkan aku. :)

Subhanallah, Allahuakbar.

Dah lama saya redha dengan perpisahan kita.
Dah lama saya redha dengan takdir kita. Bukan jodoh kita untuk bersama.
Dah lama aku lepaskan kamu.

Tapi, entah kenapa, mengalir air mata apabila mengetahu kamu telah menemui pengganti.
Mengalir air mata ku tanpa henti. Sebak dada, dan sesak nafas ku.
Ya Allah, jika hati ku ini belum redha, Kau redha kan lah.
Sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat ku, 
Dan aku serahkan segala-galanya padaMu.

Ya Allah, jika dia bukan jodohku,
Kau hilangkanlah ingatan dan perasaanku padanya,
Jika dia bukan jodohku,
Kau hilangkan lah kesedihan yang bertandang dalam sanubari ini.

Sesungguhnya apa yang aku lakukan,
Adalah tidak lain hanya untuk aku mendekatkan diri kepadaMu,
Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba yang hanya mencintai dan merinduiMu,
Ya Allah, jika baik niat ku, jika niatku tidak membawa kemurkaanMu,
Maka Kau permudahkanlah. 
Kau hentikan air mata ini,
Berikan aku senyuman bahagia dengan nikmat kecintaan kepadaMu.

Ya Allah, permudahkanlah bagi ku,
Jika ini dugaanMu, aku redha. 
Aku yakin dengan janji-janjiMu, aku yakin.
Aku tidak pinta di hilangkan dugaan ini,
Tapi aku pinta Kau beri aku kekuatan menghadapinya.

Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. :')

mengadu kat Tuhan je

Monday, February 6, 2012

Kadang-kadang ade rasa kecil hati, Kadang-kadang ada rasa terkilan.
Rasa nak je lari2 pegi jumpa kawan mengadu,
tapi saya yakin, lpeas tu mesti rasa bersalah sebab tak mengadu kat Tuhan dulu.
Buat ape nak mengadu kat orang kalau orang tak dapat tolong kita, tapi Allah boleh.

Orang tak boleh nak kurangkan sedih dan kecewa kita,
tapi Allah boleh. Janji Allah benar, dan Allah takkan sesekali kecewakan kita,
Kadang-kadang, kita tak perlu nak cakap kuat2, tak perlu nak explain panjang-panjang,
He knows everything. Kadang-kadang kita menangis je, sebut namaNya,
Ya Allah...Ya Allah.. menangislah sebut namanya, InsyaAllah, hati jadi sangat lega,
sebab kita tahu, Dia bukan saja dengar apa yang mulut dan hati kita luahkan,
malah Dia paham dari awal hingga akhir. Subhanallah. Baiknya Allah. :')

So, mulai sekarang saya nak usaha taknak mengadu pada yang lain kecuali Dia.
Atleast itu misi permulaan dalam usaha mencapai cintaNya. InsyaAllah. :)

Rabiatul Adawiyah

Sunday, February 5, 2012

Tadi siang ade tengok movie 'Aku Bukan Rabiatul'. Boleh tahan cerita tu walaupun tak beberapa suka ending dia. Simple sangat. Ok2, back to the point. Then, after tengok cerita ni, aku pun terus baca2 kat internet and youtube about Rabiatul Adawiyah dengan lebih lanjut. Before this ada la tahu sikit2 pasal beliau, but not really in detail. But, Subhanallah, saya sebagai perempuan jatuh cinta dengan keperibadian dan kecintaannya pada Ilahi.

Saya selama ini terlalu sibuk mengejar cinta sahabat atau cinta keluarga. Tapi saya lupa cinta Ilahi yang abadi, cinta yang pastinya tidak mengecewakan, bahkan membahagiakan. Cinta yang menjanjikan ketenangan dan ketenteraman. Kenapa aku tak boileh menjadi mcam Rabiatul Adawiyah? Jika beliau juga pernah berbuat kesalahan lantas bertaubat dan menjadi seorang yang hebat dan di sebut-sebut hingga sekarang, kenapa aku tidak boleh?

Rabiatul sangat cinta kan Ilahi hingga die memencilkan diri dan mengetepikan dunia. Tidak beliau terima sesuatu melainkan sesuatu itu daripada Allah swt. Bahkan, tidak diharapnya syurga melainkan hanya mengharapkan cinta dan pandangan daripada Allah swt. Subhanallah! Aku selalu mengatakan aku berbuat kebaikan kerana inginkan syurga, ingin menjadi ketua bidadari syurga, tapi beliau? beliau hanya mengharapkan keredhaan Tuhan yang Esa. Tiada niat lain. Subhanallah. Menusuk hatiku membaca kisahnya. Dan antara doa beliau yang membuat mataku berair;
"Ya Tuhanku! Jika aku beribadat kepadaMu kerana mengharapkan Syurga,
maka jangan Kau berikannya kepadaku,
Jika aku beribadat kepadaMu kerana takutkan neraka,
maka Kau campakkan aku kedalamNya,
Tapi jika aku beribadat kepadaMu kerana mengharapkan keredhaanMu,
maka jangan Kau sia-siakan aku."

Dan antara doa beliau yang lain;
"Ya Tuhanku, jika Kau ingin kurniakan kepadaku dunia,
berikanlah kepada mereka yang mengejarkannya,
Jika Kau ingin kurniakan kepadaku akhirat,
Kau berikanlah kepada mereka yang beriman,
kerana aku hanya inginkan cintaMu."

Subhanallah! Indahnya cinta dan kasih Rabiatul pada Ilahi.

Lantas, terdetik di hati kecil ku yang aku ini berlum terlambat untuk berusaha meraih cintaNya. Selama ini bukan aku meragui kasih dan cintaNya, tapi aku yang selalu rasa diriku ini terlalu keji untuk meraih cintaNya. Mana mungkin aku layak bersedudukan dengan sahabat-sahabat ku yang mungkin tidak pernah berbuat dosa besar, sahabat-sahabat yang memang sejak dulunya baik. Tapi aku? aku penuh dosa, aku pernuh kesalahan. Tapi aku yakin, Allah swt maha pengampun, dan insyaAllah, satu hari nnti, pasti aku mampu meraih cintaNya, dan rasa nikmat beribadat dan sujud kepadaNya. Aku akan berusaha untuk melakukan kebaikan hanya kerana mahu mendapat cintaNya, bukan syurgaNya semata2. Jika syurga itu hebat dan indah, pasti penciptanya, Allah swt, lebih hebat dan indah! Allahhuakbar!

Ya Allah,
Jadikan aku hambaMu yang mecintaiMu dengan sepenuh hatiku,
Jangan Kau biar aku mencintai yang lain selainMu Ya Allah,
Jadikan aku hambaMu yang sentiasa mengingati dan merinduiMu,
Jangan Kau biarkan aku mengingati yang lain lebih dari aku memikirkanMu,
Dan, berilah aku peluang merasai nikmat cinta dan kasih sayangMu, sebelum aku menutup mata.
Amin Ya Rabb. Amin.