Al-Fathiah... Firman Allah (: Best2..

Saturday, February 5, 2011

Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah S.A.W.: Firman Allah Ta'ala:

"Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil'alamin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku". Apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim) Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku:" apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungagungkan- Ku dan apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in), Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba itu berkata:
(ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi 'alaihim waladdha lin), Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku."

Surah al-Fatihah ini dipilih sebagai surah yang dibaca oleh setiap Muslim sebanyak tujuh belas kali sehari semalam atau sebanyak mana yang disukainya apabila ia berdoa kepada Allah di dalam solat.

Pujian untuk Allah. (I've read it from tafsir fi-zilal which i find so sweet)

Tersebut dalam Sunan Ibn Majah dari Ibn Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah menceritakan kepada mereka; iaitu ada seorang hamba Allah mengucap kepujian dengan kata: 
(Ya rabbi lakalhamdu kama yam baghi li jala li wajhika wa 'azi mi sulto nik) "Wahai Tuhanku! Segala kepujian itu terpulang kepada-Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu."
 
Ucapan ini telah menyulitkan dua Malaikat pencatat amalan, kedua-duanya tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya lalu kedua-dua Malaikat itu menghadap Allah dan berkata kepada-Nya: "Ada seorang hamba mengucapkan pujian yang kami tidak mengetahui bagaimana hendak menulis balasannya?" Firman Allah: (Sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang telah diucapkan hamba-Nya itu) "Apakah pujian yang telah diucapkan oleh hamba Ku itu?" Jawab kedua-dua Malaikat itu dia berkata: "Wahai Tuhanku segala kepujian itu terpulang kepada Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu." 
 
Firman Allah kepada kedua-duanya: "Tulislah ucapan itu sebagaimana yang diucapkan oleh hamba Ku sehingga ia menemui Aku dan Akulah sendiri akan membalaskannya."

Besarnya manfaat surah Al-Ikhlas

Aku baru je lepas dengar ceramah Ustaz Azhar Idris. First time dengar ceramah die, and seriously, die sangat la lawak and ceramah die sangat best. Ustaz ni dorang Hafizah yang rekemenkan, so since pagi tadi tak tau nak buat apa, daripada aku ternganga tunggu matahari naik, bagus aku dengar orang bercakap2.

Before this, aku dengar surah Al-Ikhlas ni manfaat besar sebab maknanya..kalau kite tengok maknanya die satu per satu, Subahannalah, memang ayat tu menerangkan sifat2 Allah dengan lebih detail. Bak kata ustaz tu, kalau kite kenal Allah, tapi tak tenal sifat2Nya, ibarat kite tulis surat yang tak sampai. Bayangkan, kite tulis surat panjang lebar, rangka isi yang menarik, penuh dengan ayat2 yang berbunga2, dan akhir sekali, kite cume menanda tangan dan tulis nama penerima, manakala alamat, poskod, nama negeri, nama tempat, di abaikan, adakah penerima akan menerima surat tersebut?

Itulah sebabnya penting kite mempunya akidah yang cukup, kenal nama2 Allah bersama sifat2Nya kerana mereka yang sah akidahnya, maka sah lah sembahyangnya, manakala yang tidak, sebaliknya. Ini jelasnya penting kerana antara perkara paling awal yang diwajibkan ke atas manusia suatu ketika dulu ialah 'mengenal Allah dengan penuh keyakinan', di mana akan memberi kesan ke atas diri dan hati kite. Kite akan secara lansungnya (1) mula mencintai Allah dan (2)takut kepada Allah. Secora logiknya, tak kenal maka tak cinta, jadi mengenal Allah itu sangatlah penting jika kite hendak pupuk rasa cinta terhadapNya. InsyaAllah. Ustaz tu cakap lagi, setinggi mana belajar walau hingga ke hujung dunia sekalipun, jika tak kenal Allah, dialah manusia yang paling bodoh.

Selancar2 orang yang baca alquran, if nak habiskan satu juzuk, maybe ambik masa 20 minit, yang tak lancar sangat, maybe 30 mins, yang lidah keras, 40 mins. So, if nak habiskan satu alquran, maybe ambik masa atleast 15-20 jam straight.. mampukah kite? Sebulan pun belom tentu habis, jangan kata seminggu bagi orang2 seperti saya ni... tapi Subhanallah, jika surah Al-Ikhlas ni di baca 3 kali, yang mengambil masa kurang dari 3 mins, ganjaarnnya seolah2 kita menghabiskan bacaan seluruh Al-Quran. dan apabila kite melalui kawasan kubur (islam), bacakan sebanyak 11 kali, dan InsyaAllah dengan niat yg betul, kita akan menerima ganjaran pahala sama dengan semua mereka2 yang di kuburkan di situ.. InsyaAllah. Hebat2..

So, saya cakap kat sini bukan nak tunjuk pandai, saya pun serba kekurangan, kadang2 selalu jugak lalai. Jadi, saya nak jadikan ini sebagai peringatan kepada diri saya dan secara tidak lansung kepada mereka2 yang baca post ni, insyaAllah sy dapat pahala jugak kan. (^,^)

Being so over sensitive

Thursday, February 3, 2011

I don't know why, seriously I don't.
If this happens couple weeks ago, I can blame the hormone thingy,
but now, where should I put the blame on.
I become super sensitive, especially over small little nonsense things.
I expect everything to go on how I have planned them.
Yea, though it might hurt others if I dont shut my mouth,
It hurts me too; trying to hold back the anger, tears, frustration, each time it happen. It ain't easy though.
Argghh..what happen. Am I putting to high expectation on others?
the more I get to know them, the more close they are with me, the higher is my expectation on how they would do and behave towards me.
You know what, bad thoughts are the worst. It can be the biggest lies that you create for yourselves.
But only if I can stop and control it.
Ya Allah, help me, I don't want to have to cry over the nonsense reasons that I made up with.
It's so childish.

Aku rindu Rabbku.

Wednesday, February 2, 2011

Beberapa harini, aku rindu merasai ketenang sebagai hambaNya. Sejak dua menjak ini, aku terlalu sibuk dengan urusan dunia, terlalu leka dengan kegembiraan yang mungkin sekali mampu terus melalaikan. Aku tidak berpeluang merenung dan mengagumi keindahan ciptaan tuhan, bulan yang menenggelamkan gelapnya malam, matahari yang tidak jemu menerangi siang, bintang yang indah sekali berkelip di singgah sana. Mereka patuh sekali dengan perintah Rabb ku. Aku rindu menikmati sunyinya malam, mendengar bunyi unggas dan cengkerik yang sangat menenangkan. Aku rindu ingin duduk dan tersenyum, merasai kemanisan dan kebanggan menjadi hambaNya. Ah, lekanya aku hingga melepaskan semua keajaiban itu. Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah, tidak ada yang dapat menggampunkan dosa kecuali Engkau. Ya, aku dapat sekali merasai bezanya, tatkala hati dan ingatan hanya padaNya, hati tenang, dan hari-hari menjadi indah sekali. Tatkali hati mula lalai dengan ombak kebahagiaan dunia, hati mula merusuh, prasangka mula bermaharaja lela, hasad dengki dan cemburu mula menguasai diri. Ah, hinanya aku Ya Allah, sesungguhnya keampunan dan kasih sayangMu membatasi kemarahanMu, maka ampunilah aku Ya Rabb. Ampunilah aku.

Doakan mereka.

Macam2 yang terjadi di negara orang. Rusuhan, pergaduhan... dan malangnya, ramai orang2 yang tidak bersalah jadi mangsa. Tapi bila fikir2 balik, semuanya berlaku kerana sifat manusia yang tamak, tidak pernah rasa cukup dengan apa yang mereka dah miliki, sifat yang tidak malu nak merampas harta orang, sifat yang tidak berhati perut yang membuat mereka tidak berlaku adil sesama sendiri. Apa yang buat mereka fikir mereka adalah kuasa yang kuat? tidak kah mereka sedar ada kuasa yang lagi maha kuat yang tidak akan melepaskan mereka dari azab pedih?

Aku jadi sedih, sampai bila umat Islam akan di tindas begini. Setiap kali mereka nak bangkit pertahankan diri dan hak mereka, pasti peperangan berlaku. Cukuplah dengan peperangan yang berlaku di palestine, cukup lah dengan kesedihan yang di tanggung oleh umat Islam seluruh dunia rentetan dari peristiwa itu. Tapi aku percaya, setiap yg berlaku, adalah atas keizinan Allah, dan sudah pastinya ada hikmah disebaliknya. Mungkin, apa yang berlaku di Palestine selama ni tidak cukup nak sedarkan umat Islam yang terlalu lalai dengan kesenangan dunia, mungkin apa yang terjadi belum lagi menjadi tamparan hebat buat mereka, dan mungkin juga saya. Kini, apa yang sedang berlaku dan mungkin akan berlaku melibatkan mereka-mereka yang datang dari hampir seluruh pelosok dunia yang selama ni mungkin kurang mengambil tahu hal ehwal semasa. Mungkin, selepas ini, bila bende ni dah terkena batang hidung sendiri, baru mata terbuka dan dada melapang nak menerima perubahan. Allahu'alam. Saya cakap bagi pihak diri sendiri yang rasa sangat sedih dengan sikap mereka. Sikap yang menyebabkan kematian banyak nyawa, lebih-lebih lagi mereka yang tidak bersalah. Bukan sahaja kematian, malah kemiskinan yang menyebabkan penderitaan banyak keluarga.

Ya Allah, jika apa yang berlaku adalah punca dari kesalahan dan balasan dosa2 kami, maka Kau ampunilah aku Ya Allah, Kau tempatkan lah aku di kalangan hamba-hambaMu yang diampunkan dosanya.

Ya Allah, Kau maha kuat, bantulah kami Ya Allah, kami lemah, kami tidak berdaya. Bantulah kami Ya Rabb. (T.T)

Berubahla Iylia oii...

Wednesday, January 26, 2011

Tak tau la nak buat apa. Makin hari makin malas, time nak bukak buku, bile ada homework je. Nasib baik ada homework, if not, berhabuk meja study. Ha'ah, fikir2 balik, jahil jugak la aku ni, orang lain terkejar2 study nak dapat segulung ijazah, orang lain berhempas pulas nak pegi oversea study, timba pengalaman, aku goyang kaki, sia-siakan peluang dengan perkara2 yang tak berfaedah. Bile bukak buku, ada je bende lain nak di buat, if takde bende nak buat, mula la sakit kepala mintak nak tido. Entah apa la nak jadi, kalau mak bapak aku tau cara hidup aku mcam ni kat sini, for sure dorang dissapointed. Aku ni kat rumah kire mcam jadi idol untuk adik2 aku, kadang2 dorang cakap dorang semangat nak study sebab nak pegi oversea mcam aku, nak jadi 'pandai' mcam aku konon, tapi dorang tak sedar, aritu aku balik rumah, aku tengok dorang 10 kali lagi rajin dari aku, and aku dalam diam, terpegun tengok ketekunan dorang.

Aku sekarang cuba nak bukak2 buku balik. Paling2 pun, baca novel if dah malas sangat, atleast ada jugak manfaatnya. Aku rasa menyesal tiap2 kali sebelum tido bile fikirkan hari tu aku tak buat apa2 pun yang dapat manfaatkan diri.Takde bende yang aku buat hari tu yang dapat di jadikan investment untuk hari esok. Hari tu sebenarnya kosong, aku biarkan hari tu berlalu tanpa ada yang dapat jamin kebaikan untuk hari esok, kira baik kalau ada hari esok, kalau tiba2 takde, tak ke aku rugi, menyesal pun nnti tak guna dah. Aku lalai dan leka sampai nak tulis blog pun dah takde hati. Bukan sebab taknak tulis, sebab malas nak fikir. Aku fikir2 balik, kalau bende ni berterusan, apa la nak jadi nnti, akan nak tunggu Allah fail kan exam baru aku nak menyesal tak sudah? Na'uzubillah. Aku always harap dapat marks yang meletop2, tp tengok la, if usaha mcam ni, mcam mane nak dapat ganjaran yang setimpal? aku tak boleh la nak berlagak mcam orang pandai yang lain, kadang2 dorang rilek2 pun, dorang dapat score tinggi, tak pun maybe dorang senyap2 dalam bilik sebenarnya dorang study, tp aku ni dah la tak seberapa sangat, nak berlagak mcm budak top student.

So now, aku ingat, aku nak start balik from the beginning. Study rajin2, membaca, buat bende2 yang bermanfaat je. Taknak habiskan masa dengan bende2 yang sia2. Sesekali tu maybe takpe la kot, nak rileks kan, tp jangan la lebih masa rileks tu dari masa bekerja. Iylia...iylia..apala nak jadi. berubahla, berjuang, tolong diri sendiri sebelum ada hati nak menyumbang untuk agama and negara. majukan diri... biarla orang cakap aku ni nerd ke, tak sporting ke, sombong ke mcam apa yang jadi hari tu bile aku terperuk dalam bilik jadi rajin kejap. hahaha..yang penting everytime aku nak tido malam2, aku nak rasa puas hati sebab aku isi hari tu dengan something yang buat aku rasa bangga untuk hadapi hari esok. Peace!