Jom bangun malam! :)

Sunday, February 26, 2012



Firman Allah swt, "orang yang bertakwa itu seditkit tidurnya pada waktu malam."

Malam, ramai yang tidur, tapi tak kurang ramai yang mencari ketenangan dengan cara pergi ke kelab malam dan disko, ramai yang menunggu malam untuk bersama sang kekasih yang belum halal baginya,

Tapi berapa ramai yang mencari ketenangan dengan menghadapt Allah swt dengan penuh khusyuk dan tawaduk, berapa ramai yang menunggu malam untuk melepaskan rasa rindu pada pencipta malam? Berapa ramai pendosa yang menunggu malam mengharap pengampunanNya?
Berderai air mata menyesali sekecil-kecil dosa hingga sebesar-besar kemaksiatan.

"Demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkanmu, dan tidak pulak membenci kamu."

Uwais Al-Qarni menyambut kedatangan malam dengan mengatakan, "Ini malam rukuk." lalu beliau solat dengan memanjangkan rukuknya sehingga waktu fajar. Pada malam yang lainnya, ia berkata "ini malam sujud." Lalu sujudla beliau sepanjang malam sampai fajar tiba sebagai pamitan malam pada Uwais Al-Qarni.

"Siang, aku tidak dapat tidur, bimbang urusanku dengan rakyat terbengkalai,. Malam, aku juga tidak dapat tidur, bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai" - Saidina Umar

Sesungguhnya di waktu malam itu, Allah swt sangat dekat; DIA turun ke langit yang paling dekat dengan bumi. Allah swt bertanya pada malaikat, 'Adakah hambaku yang memohon ampun kepadaKu untuk Aku ampunkan? Adakah hambaKu yang berdoa kepadaKu untuk aku perkenankan?"

Dan ketika embun menitis dalam kedinginnan malam yang tenang, hati mukmin menangis dilimpahi rahmat dan keampunan Tuhan.
Subhanallah, Allah swt maha penyayang dari segala yang pengasih dan penyayang. 

Malam adalah pesta ibadat bagi kekasih-kekasih Allah swt. Disana mereka memperolehi ketenangan yang tidak boleh dicari disko atau kelam malam, tidak juga dengan wang ringgit atau kemewahan. Itulah malam pada orang yang hampir dengan Tuhan.

Jadi, dalam kalangan jutaan manusia yang nyenyak tidur, marilah kita berusaha masuk dalam golongan yang luar biasa yang bangun di malam hari untuk bertemu Rabb yang teragaung, menangis mengharap keampunanNya, menangis mengharap keredhaaNya. 'Bukankah mata yang meangis kerana Allah tidak akan di bakar oelh api neraka?" Subhanallah. :)

0 comments:

Post a Comment