Kadang-kadang kita cari mcm mana nak dapat khusyuk dalam solat.
Kadang-kadang kita terfikir, mcam mana nak rasa kehadiranNya dalam setiap ibadat kita.
Nak rasa sayu dalam setiap bacaan, nak rasa keagunganNya, kebesaranNya.
Subhanallah.
Harini ade terbaca satu blog, penulis tu mentioned about Allah swt replies when we recite Al-fatihah.
Subhanallah, sangat indah. Sangat menyayat hati. Jika dihayati, orang yang hatinya keras pun dapat menitiskan air mata. :')
Jom2 kita sama-sama baca. InsyaAllah
Rasulullah saw bersabda, " Allah telah berfirman (dalam sebuah hadis qudsi):
Aku bagi surah Al- Fatihah antara Aku dan hamba-Ku. Dan akan Kukabulkan apa-apa yang dipohon oleh hamba-Ku.
1) Apabila hamba-Ku berkata,
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,"
maka Allah swt menjawab,
"Hamba-Ku telah memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakab segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya"
2) Apabila hamba-Ku berkata,
"Segala puji bagi Allah, Tuhan Alam Semesta,"
Maka Allah swt berkata,
"Hamba-Ku telah memuja-Ku, dia tahu bahawa nikmat yang ada di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran kasih sayang-Ku. Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku tambahkan nikmat-nikmat akhirat di samping nikmat-nikmat dunia dan akan Kujauhkan darinya bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana di dunia. "
3) Apabila hamba-Ku berkata,
" (Allah) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,"
Maka Allah swt berkata,
"Hamba-Ku telah menyaksikan -Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku dan akan Kukurniai hayatnya dengan pemberian-pemberian-Ku.
4) Apabila hamba-Ku berkata,
"Yang Menguasai hari Pembalasan,"
Maka Allah swt berkata,
"Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya bahawa Akulah yang bekuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudah hisabnya pada hari hisab kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya.
5) Apabila hamba-Ku berkata,
"Hanya Engkaulah yang aku sembah’"
Maka Allah swt berkata,
"Hamba-Ku benar ketika dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya sehingga orang-orang yang tidak sama sepertinya akan merasa iri hati kepadanya"
Apabila hamba-Ku berkata,
"dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,"
Maka Allah swt berkata’
"Hamba-Ku telah meminta pertolongan dari-Ku dan kembali kepada-Ku, kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam setiap urusannya. Aku akan membantunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya."
6) Apabila hamba-Ku berkata,
"Tunjukkan kepada kami akan jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukannya (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."
Maka Allah swt berkata,
"Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku, Aku telah berikan kepadanya apa yang diharapkan. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia mohonkan dengan perlindungan-Ku."
Semoga sama-sama dapat mengambil manfaat dari sini. insyaAllah. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Terima kasih
Terima kasih
Post a Comment