Pujian untuk Allah. (I've read it from tafsir fi-zilal which i find so sweet)

Saturday, February 5, 2011

Tersebut dalam Sunan Ibn Majah dari Ibn Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah menceritakan kepada mereka; iaitu ada seorang hamba Allah mengucap kepujian dengan kata: 
(Ya rabbi lakalhamdu kama yam baghi li jala li wajhika wa 'azi mi sulto nik) "Wahai Tuhanku! Segala kepujian itu terpulang kepada-Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu."
 
Ucapan ini telah menyulitkan dua Malaikat pencatat amalan, kedua-duanya tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya lalu kedua-dua Malaikat itu menghadap Allah dan berkata kepada-Nya: "Ada seorang hamba mengucapkan pujian yang kami tidak mengetahui bagaimana hendak menulis balasannya?" Firman Allah: (Sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang telah diucapkan hamba-Nya itu) "Apakah pujian yang telah diucapkan oleh hamba Ku itu?" Jawab kedua-dua Malaikat itu dia berkata: "Wahai Tuhanku segala kepujian itu terpulang kepada Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu." 
 
Firman Allah kepada kedua-duanya: "Tulislah ucapan itu sebagaimana yang diucapkan oleh hamba Ku sehingga ia menemui Aku dan Akulah sendiri akan membalaskannya."

0 comments:

Post a Comment