Al-Fathiah... Firman Allah (: Best2..

Saturday, February 5, 2011

Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah S.A.W.: Firman Allah Ta'ala:

"Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil'alamin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku". Apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim) Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku:" apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungagungkan- Ku dan apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in), Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba itu berkata:
(ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi 'alaihim waladdha lin), Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku."

Surah al-Fatihah ini dipilih sebagai surah yang dibaca oleh setiap Muslim sebanyak tujuh belas kali sehari semalam atau sebanyak mana yang disukainya apabila ia berdoa kepada Allah di dalam solat.

0 comments:

Post a Comment