Besarnya manfaat surah Al-Ikhlas

Saturday, February 5, 2011

Aku baru je lepas dengar ceramah Ustaz Azhar Idris. First time dengar ceramah die, and seriously, die sangat la lawak and ceramah die sangat best. Ustaz ni dorang Hafizah yang rekemenkan, so since pagi tadi tak tau nak buat apa, daripada aku ternganga tunggu matahari naik, bagus aku dengar orang bercakap2.

Before this, aku dengar surah Al-Ikhlas ni manfaat besar sebab maknanya..kalau kite tengok maknanya die satu per satu, Subahannalah, memang ayat tu menerangkan sifat2 Allah dengan lebih detail. Bak kata ustaz tu, kalau kite kenal Allah, tapi tak tenal sifat2Nya, ibarat kite tulis surat yang tak sampai. Bayangkan, kite tulis surat panjang lebar, rangka isi yang menarik, penuh dengan ayat2 yang berbunga2, dan akhir sekali, kite cume menanda tangan dan tulis nama penerima, manakala alamat, poskod, nama negeri, nama tempat, di abaikan, adakah penerima akan menerima surat tersebut?

Itulah sebabnya penting kite mempunya akidah yang cukup, kenal nama2 Allah bersama sifat2Nya kerana mereka yang sah akidahnya, maka sah lah sembahyangnya, manakala yang tidak, sebaliknya. Ini jelasnya penting kerana antara perkara paling awal yang diwajibkan ke atas manusia suatu ketika dulu ialah 'mengenal Allah dengan penuh keyakinan', di mana akan memberi kesan ke atas diri dan hati kite. Kite akan secara lansungnya (1) mula mencintai Allah dan (2)takut kepada Allah. Secora logiknya, tak kenal maka tak cinta, jadi mengenal Allah itu sangatlah penting jika kite hendak pupuk rasa cinta terhadapNya. InsyaAllah. Ustaz tu cakap lagi, setinggi mana belajar walau hingga ke hujung dunia sekalipun, jika tak kenal Allah, dialah manusia yang paling bodoh.

Selancar2 orang yang baca alquran, if nak habiskan satu juzuk, maybe ambik masa 20 minit, yang tak lancar sangat, maybe 30 mins, yang lidah keras, 40 mins. So, if nak habiskan satu alquran, maybe ambik masa atleast 15-20 jam straight.. mampukah kite? Sebulan pun belom tentu habis, jangan kata seminggu bagi orang2 seperti saya ni... tapi Subhanallah, jika surah Al-Ikhlas ni di baca 3 kali, yang mengambil masa kurang dari 3 mins, ganjaarnnya seolah2 kita menghabiskan bacaan seluruh Al-Quran. dan apabila kite melalui kawasan kubur (islam), bacakan sebanyak 11 kali, dan InsyaAllah dengan niat yg betul, kita akan menerima ganjaran pahala sama dengan semua mereka2 yang di kuburkan di situ.. InsyaAllah. Hebat2..

So, saya cakap kat sini bukan nak tunjuk pandai, saya pun serba kekurangan, kadang2 selalu jugak lalai. Jadi, saya nak jadikan ini sebagai peringatan kepada diri saya dan secara tidak lansung kepada mereka2 yang baca post ni, insyaAllah sy dapat pahala jugak kan. (^,^)

0 comments:

Post a Comment