Doakan mereka.

Wednesday, February 2, 2011

Macam2 yang terjadi di negara orang. Rusuhan, pergaduhan... dan malangnya, ramai orang2 yang tidak bersalah jadi mangsa. Tapi bila fikir2 balik, semuanya berlaku kerana sifat manusia yang tamak, tidak pernah rasa cukup dengan apa yang mereka dah miliki, sifat yang tidak malu nak merampas harta orang, sifat yang tidak berhati perut yang membuat mereka tidak berlaku adil sesama sendiri. Apa yang buat mereka fikir mereka adalah kuasa yang kuat? tidak kah mereka sedar ada kuasa yang lagi maha kuat yang tidak akan melepaskan mereka dari azab pedih?

Aku jadi sedih, sampai bila umat Islam akan di tindas begini. Setiap kali mereka nak bangkit pertahankan diri dan hak mereka, pasti peperangan berlaku. Cukuplah dengan peperangan yang berlaku di palestine, cukup lah dengan kesedihan yang di tanggung oleh umat Islam seluruh dunia rentetan dari peristiwa itu. Tapi aku percaya, setiap yg berlaku, adalah atas keizinan Allah, dan sudah pastinya ada hikmah disebaliknya. Mungkin, apa yang berlaku di Palestine selama ni tidak cukup nak sedarkan umat Islam yang terlalu lalai dengan kesenangan dunia, mungkin apa yang terjadi belum lagi menjadi tamparan hebat buat mereka, dan mungkin juga saya. Kini, apa yang sedang berlaku dan mungkin akan berlaku melibatkan mereka-mereka yang datang dari hampir seluruh pelosok dunia yang selama ni mungkin kurang mengambil tahu hal ehwal semasa. Mungkin, selepas ini, bila bende ni dah terkena batang hidung sendiri, baru mata terbuka dan dada melapang nak menerima perubahan. Allahu'alam. Saya cakap bagi pihak diri sendiri yang rasa sangat sedih dengan sikap mereka. Sikap yang menyebabkan kematian banyak nyawa, lebih-lebih lagi mereka yang tidak bersalah. Bukan sahaja kematian, malah kemiskinan yang menyebabkan penderitaan banyak keluarga.

Ya Allah, jika apa yang berlaku adalah punca dari kesalahan dan balasan dosa2 kami, maka Kau ampunilah aku Ya Allah, Kau tempatkan lah aku di kalangan hamba-hambaMu yang diampunkan dosanya.

Ya Allah, Kau maha kuat, bantulah kami Ya Allah, kami lemah, kami tidak berdaya. Bantulah kami Ya Rabb. (T.T)

4 comments:

_______ said...
This comment has been removed by the author.
Leeya said...

Alhamdulillah if ape yg terjadi akan bawak consequences yang baik. tp aeman ade predict yang kejatuhan die mungkin menyababkan perang jugak..sebab die ade link ngan israel.. aku just harap prediction ko betul la..bukan ynag buruk berlaku. Amin. (:

_______ said...
This comment has been removed by the author.
Leeya said...

Amin.. InsyaAllah.. (:

Post a Comment